Pages

Wednesday 8 May 2013

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ya Allah Ya Tuhan ku
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milik ku tercipta buat ke
Satukanlah hatinya dengan hati ku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan ya Allah
Ya Tuhan ku Yang Maha Penyayang
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah ya Tuhan ku
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milik ku
Bawalah dia pergi jauh dari pandangan ku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhan ke yang Maha Pengasih
Dan berikanlah aku kekuatan 
Melontar bayanganya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar ku bahagia walau tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta
Gantilah yg telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama sepertinya
Ya Allah ya Tuhan ku
Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu
Sesungguhnya apa yang telah di takdirkan
Adalah yang terbaik buat diri ku ini
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja
yang jadi Pemelihara ke
Di dunia juga akhirat
Dengarlah permintaan dan rintihan
Dari hambu Mu yg daif ini ya Allah
Jangan Engkau biarkan aku bersendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat nanti
Menjurus aku ke aah kesesatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah pada seorang 
Pasang yang beriman dan beramal soleh
Supaya diriku sama-sama mendapat keredhaan Mu
Dan seterusnye ya Allah
Dapat membina hidup ini dengan penuh kesejahteraan
Ke jaan yg Engkau redhai
Serta kurniakanlah pada kami ya Allah
Keturunan yang soleh dan solehah
Amin...Ya Rabbal A'lamin